“Dulu Pernah Kerja Kilang Ikan Bilis, Bayaran Sehari Dapat RM15 Je”-MUA Bellaz

Kalau bercerita tentang dunia persolekan Malaysia, nama MUA Bella pastinya tidak asing lagi di kalangan kita semua. Bukan sahaja hasil solekannya mampu memukau mata yang melihat, malahan celotehnya yang gemar berdialek Kedah turut menjadi penarik untuk orang ramai mengikuti perkembangan jurusolek ini. Mengimbau semula detik sebelum berjaya seperti sekarang, Bella telah mendedahkan jerih-perih yang terpaksa dihadapinya sebelum ini.

Baca : [FOTO] Tak Besar Mana-Datuk Alha Alfa Kongsi Gembira Miliki Rumah Pertama!

Pada awal Bella menunjukkan kemahiran solek ke media sosial, siapa menyangka ia adalah titik permulaan untuk diri Bella. Walaupun hanya solekan ringkas, dia berjaya mencuri perhatian ramai sekaligus mula mendapat permintaan dari pelanggan.

Hanya ambil upah solek bertunang bernilai RM60 saja…

Meskipun sudah meraih pelbagai kejayaan sekarang, Bella nampaknya tidak malu untuk mengakui bahawa dahulunya dia hanya seorang anak kampung dan bukan orang senang.

Takde niat sambung belajar sebab nak fokus bantu keluarga…

Dek kerana enggan lagi menyusahkan keluarga, Bella mengambil keputusan berani untuk berkahwin awal iaitu pada usia 20 tahun.

Kahwin awal kerana sudah jodoh…

Selepas berkahwin dan menetap bersama ibu mertua, Bella mula menjual kuih-muih. Namun tahun 2013 seakan menjetik dirinya. Dia mula terfikir untuk mengubah nasib diri. Bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Bella habiskan masa dengan belajar solek di media sosial…

Bella juga tak lari daripada menerima kecaman tentang kerjayanya. Namun dia mengambilnya dengan sudut positif agar dapat maju ke hadapan.

Saya ingin ajar mereka yang mahu pelajari solekan ringkas…

Sumber : Portal Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?