Mengenangkan pengorbanan seorang bapa sepanjang membesarkan kita sememangnya boleh membuatkan air mata menitis. Walaupun terpaksa meredah panas dan hujan, mereka tetap cuba sehabis baik mencari rezeki secukupnya agar tanggungannya dapat hidup dengan selesa.
BACA: Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk
Drive dari Terengganu ke KL hantar kelas business…Papa nak motor ni sebab memang rider motocross dari muda
Perkongsian video di akaun TikTok milik Sharifah Furaiha tular selepas dia menunjukkan reaksi bapanya ketika menerima hadiah istimewa daripadanya. Pemberian tersebut bertujuan untuk membalas pengorbanan si ayah sejak dulu lagi. Semasa Furaiha sedang bertatih mencari ilmu dalam bidang perniagaan, ‘heronya’ itu sanggup menghantarnya dari Terengganu ke Kuala Lumpur menyertai kelas yang ada.
@syarifahfuraiha Thank you for my sisters to make this happened #syarifahfuraiha #inairepublic #birthdaysuprise #fyp #tiktokguru #learnontiktok
Dulu sejuk sampai ke tulang pagi-pagi naik motor Papa hantar ke sekolah…Sebab nak anak jadi pandai
Mengimbau ke zaman persekolahan, rupa-rupanya mereka bukanlah dari keluarga yang senang. Wanita berpurdah ini sering lewat ke sekolah dengan menahan sejuk kerana pada ketika itu, bapanya cuma mempunyai motosikal sahaja. Dengan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya sekarang, Furaiha dapat membelikan sebuah motocross walaupun terpaksa mencarinya sehingga ke Johor.
@syarifahfuraiha Reply to @rebondingmurahklang semoga kita semua dimurahkan rezeki dapat bahagiakan orang tersayang #syarifahfuraiha #inairepublic #birthdaysuprise
Aku pula tiba-tiba sebak…Bestnya, harap saya pun boleh surprise mak ayah macam ni
Sejak dimuat naik semalam, video berkenaan telah meraih 310 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat usaha si anak membalas jasa bapanya. Mereka juga berharap agar berpeluang dapat memberikan sesuatu kepada kedua-dua orang tua suatu hari nanti.
Kredit: TikTok Sharifah Furaiha
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
