Sekitar tahun 2019 dulu, seorang murid pendidikan khas sekolah pedalaman di Sabah bernama Adik Sarah pernah menjadi viral lantaran kecomelannya yang memiliki tubuh genit. Gurunya iaitu Cikgu Fazri Hassan adalah insan yang banyak memuat naik video lucunya ke media sosial Twitter.
BACA :Â [VIDEO] Macam Tengah Menari..Gelagat Adik Maisarah Buat Kuih Curi Tumpuan
Our very own ninja warrior…Sarah menguasai langkah besar dengan jayanya
Selain video takut melangkah longkang sekolah, gelagat Sarah saat menyertai sukaneka adalah antara yang paling popular. Memahami Sarah sebagai murid istimewa, sokongan yang sentiasa diberikan oleh Cikgu Fazri Hassan dalam apa jua aktiviti cukup membuktikan jiwa besarnya selaku seorang pendidik.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Our very own ninja warrior course…ðŸ¤
Sarah dah menguasai langkah besar dengan jayanya ✔💯 pic.twitter.com/V0VPZsdKmP
— MFH (@fazri_hassan) October 8, 2019
Kami dah start training dah guys 💪💪💪😊😊. Adakah sarah bakal menjadi atlet sekolah lagi untuk tahun 2020 ini?…Mari kita nantikan pic.twitter.com/cfl2vDRLPI
— MFH (@fazri_hassan) January 14, 2020
Dari 2018 sampai 2023 saya jadi Cikgu Sarah
Pejam celik pejam celik, tanpa sedar sudah lebih 5 tahun berlalu sejak video itu tular. Dalam perkongsian baru guru ini di TikTok, Sarah sudah tumbuh dewasa dan mampu melintasi kawasan berlongkang sendiri tanpa perlu dibantu lagi. Tambah Cikgu Fazri, dia mengucapkan selamat maju jaya kerana selepas ini Sarah akan berganjak ke sekolah menengah pula.
@fazriadatiktok Dari 2018 jadi cikgu Sarah sampai 2023. Dari payah nak melangkah longkang kat sekolah sehinggalah menjadi murid terbaik PAJSK di seluruh sekolah dengan CGPA 90.64. Luaran orang nampak dia comel tapi Sarah mempunyai bakat yang besar dengan bimbingan yang betul. I’m so honoured to be your teacher. Selamat maju jaya di sekolah menengah nanti. Kuatkan semangatmu. Doa cikgu sentiasa mengiringi di mana saja kau berada
Semoga Sarah berjaya walau apa jua rintangan…Aduiii cepat betul besar
Walaupun bukan mereka yang mengajar, netizen akui sebak melihat perubahan Sarah tatkala sudah beralih ke usia remaja. Walhal jelas mereka, terasa seperti baru semalam melihat murid itu tular di media sosial.
Begitu cepat masa berlalu, netizen juga sebak mengenangkan pengorbanan Cikgu Fazri yang sama-sama membimbing Sarah selama ini.
Memuji kecomelannya yang tidak pernah pudar sejak dahulu, mereka mendoakan semoga Sarah akan menjadi seorang insan berjaya di masa hadapan.
Kredit : Twitter Fazri Hasan & TikTok Fazri Hassan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura