Viral

Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Sharing is caring!

Melihat keadaan semasa, tak dinafikan bahawa musibah COVID-19 yang sedang melanda banyak memberi kesedaran kepada masyarakat dunia termasuklah juga di Malaysia. Baru-baru ini, tampil seorang anak seni berkongsi tentang iktibar yang boleh umat Islam pelajari daripada ujian tersebut.

BACA: Terpaksa Balik Kampung Sebab Tiada Pilihan, Doktor Risau Akan Nasib Pelajar IPT

Ujian virus ini sebagai peringatan

Pelakon Zul Yahya menyeru masyarakat supaya mempertingkatkan lagi amal ibadah serta meminta ampun kepada Allah atas kesalahan lalu. Dia percaya bahawa ujian ini datang sebagai peringatan kerana sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusi. Dia juga sempat meluahkan rasa sedih memandangkan umat Islam kini belum dibenarkan lagi untuk bertandang ke mana-mana pusat ibadah seperti kebiasaannya.


Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Tak dapat tahan sebak, berdoa agar musibah dihilangkan

Dalam paparan live FB itu lagi, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengakui masih belum membantu masyarakat secukupnya dalam urusan agama. Justeru, dia memohon kerjasama semua pihak agar bangun daripada kelalaian dan berdoa keadaan kembali menjadi normal. Sambil mengalirkan air mata, Zul Yahya malah berkata tiada sebarang pihak wajar dipersalahkan kerana semuanya berpunca daripada tangan manusia sendiri.

Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Terima kasih ingatkan kami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui kesilapan masing-masing dan berharap doa pelakon itu dikabulkan. Malah tidak kurang juga ada yang berterima kasih kepada Zul Yahya kerana memberi teguran berguna agar tidak terus lupa pada agama. 


Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19 Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19 Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Sumber: Facebook Zul Yahya


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dunia Diselubungi Ketakutan, Zul Yahya Seru Ambil Iktibar Daripada COVID-19

Sharing is caring!