Family

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Sharing is caring!

Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, setiap orang memiliki tahap kesabaran dan juga ego tersendiri. Walaupun perasaan ini tak dapat dilihat dengan mata kasar, namun sikap ini terserlah menerusi tindakan masing-masing. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi tentang bahana sifat ego yang menebal dalam diri terhadap sesebuah institusi rumah tangga.

BACA: Letih Nak Melayan Ego Suami, Realitinya Ramai Isteri Hidup Dalam Tekanan

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh
Gambar sekadar hiasan

Orang ego tidak mengakui kesalahan

Menerusi posting oleh saudara Firdaus Shakirin di laman Facebook, perasaan sombong atau keras kepala sebenarnya adalah normal dalam setiap individu yang hidup di atas muka bumi ini. Namun ia bergantung kepada tahap ego seseorang dan cara dia mengawal lebih-lebih lagi tatkala bersama ahli keluarga sendiri. Jika sifat itu telah menguasai diri, tiada siapa akan tampil mengalah dan menyebabkan ada salah seorang daripada mereka mula berkecil hati. 


Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh
Gambar sekadar hiasan

Membawa kepada sifat angkuh

Tambahnya lagi, sifat ego tidak akan memberikan sebarang faedah malahan akan menjuruskan seseorang itu untuk bersifat angkuh. Oleh kerana perkahwinan wajib mementingkan nilai bertolak ansur, maka sebaiknya masing-masing perlu mengawal sifat ego tersebut agar tidak membarah kepada ahli keluarga yang lain pula.

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh
Gambar sekadar hiasan

Tidak boleh dipandang remeh

Tegas individu ini lagi, sikap negatif berkenaan tidak boleh diambil mudah. Hal ini kerana jika terlalu kerap menghadapi situasi yang sama, akan menyebabkan mulanya rasa bosan dan tawar hati. Di penghujungnya, lelaki ini mengingatkan bahawa tidak salah untuk mengakui kesalahan diri kerana tiada siapa yang sempurna. Oleh itu, jika mahukan sesebuah perhubungan itu terpelihara, masing-masing haruslah menjauhkan diri daripada sifat negatif berkenaan. 


Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ego Dalam Rumah Tangga Tidak Boleh Dipandang Remeh, Mendorong Sifat Angkuh

Sharing is caring!