Hiburan Isu Semasa

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan beberapa sektor pekerjaan ditutup sekaligus mengganggu periuk nasi pihak yang terlibat. Hal ini termasuk syarikat produksi yang sepatutnya dijadualkan menjalankan proses penggambaran ketika ini. Baru-baru ini, penerbit Fadzil Teh memohon untuk diberikan kebenaran agar mereka boleh menjalankan penggambaran ekoran tempoh PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April.

BACA :¬†“Mereka Perlu Ada Prinsip” – Pelakon Veteran Roslan Salleh ‘Tegur’ Artis Baru


Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran
Kredit foto : Harian Metro

Bernarkan shooting dengan bersyarat

Permohonan tersebut dibuat bagi membantu tenaga kerja belakang tabir yang hilang punca pendapatan. Hal ini kerana kebanyakan mereka bergantung kepada job penggambaran. Pemilik Zeel Production Sdn Bhd itu berkata, pihak kerajaan boleh menetapkan beberapa syarat wajib bagi memastikan proses shooting berjalan lancar dan tidak berisiko dengan pandemik COVID-19. Tambahnya jika kelonggaran itu diberi, maka jumlah penggiat seni yang meminta bantuan juga dapat dikurangkan.

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran
Gambar sekadar hiasan

Harap FINAS dapat lakukan sesuatu

Perkara tersebut turut mendapat sokongan daripada penerbit Tanah Beris Film Production, Shuhaimi Lua. Dia juga berharap pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dapat melakukan sesuatu bagi membantu syarikat produksi yang sedang menjalani penggambaran. Selain itu, Shuhaimi juga bimbang pelabur luar kurang berminat seandainya tempoh penghasilan sesebuah karya tergendala agak lama.


Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gara-Gara Tempoh PKP Dilanjutkan, Penerbit Minta Kebenaran Jalani Penggambaran

Sharing is caring!