Elak Balik Asrama Sebab Tertekan Selalu Dianiaya, Remaja Nekad Lari Dari Rumah!

Seperti tiada pengakhirannya, gejala mengasari mereka yang lemah dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah. Terbaru, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan telah melarikan diri daripada rumah sejak awal pagi tadi dipercayai kerana tertekan dibuIi. Malah, pelajar dari sebuah sekolah berasrama di Kuala Selangor ini turut sempat menulis sekeping nota sebelum hilang dan hanya disedari oleh ibunya sewaktu menunaikan solat Subuh.

BACA: [VIDEO] Kasihnya Guru Tak Kira Bangsa, Kucup Pelajar Istimewa Sebelum Berpisah!

Bila mama baca surat ni…Amad dah takde kat dunia

Kredit foto: Kosmo Online

Ekoran insiden tersebut, kedua-dua ibu bapanya iaitu Mardiana Ismail dan Mohammad Shaffie Hasan telah melakukan carian di sekitar kawasan Klang apabila ada beberapa pihak memaklumkan yang mereka terlihat remaja mirip dengan anak mereka menaiki bas ke sana. Selang beberapa jam selepas itu, akhirnya mereka telah dihubungi sendiri oleh Ahmad Fitri yang meminjam sebuah telefon bimbit daripada orang awam dan telah ditemui selamat di Mydin USJ.

Kredit foto: Kosmo Online

Dia bagi banyak alasan masa nak hantar balik asrama kelmarin..

Berkenaan punca dia tergamak melakukan tindakan drastik itu, ibu bapanya mengesyaki ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di sekolahnya. Malah Fitri sendiri pernah memaklumkan bahwa perkara itu sudah lama terjadi, namun cuma dipendamkan seorang diri sahaja. Dalam pada itu, bapanya turut memaklumkan yang Fitri pernah memberikan pelbagai alasan apabila mahu menghantarnya pulang ke sana pada hujung minggu lalu. Dakwaan tersebut juga sudah dibawa ke pihak sekolah bagi siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online

Apa Komen Anda?