Perasaan kasih sayang dan prihatin seorang ibu itu sangat besar sehinggakan kecederaan yang kecil pada anak-anak pun pasti akan membuat mereka risau. Setiap insan bergelar ibu pasti mempunyai kisah suka dan duka masing-masing seperti yang dilalui oleh selebriti Elfira Loy baru-baru ini.
BACA: Isteri Sedih 5 Kali Bersalin Anak Lelaki, Suami Syukur Tegas Enggan Kahwin Lain
Rayyan terhantuk dan jatuh dalam laci pakaian
Menerusi Instagram, Elfira Loy mengakui bahawa telah mengalami breakdown buat pertama kali pada beberapa hari lepas kerana anaknya iaitu Muhamad Rayyan Khalaf terjatuh ke dalam laci pakaian. Walau bagaimanapun, Elfira sempat memegang Rayyan sebelum terlihat kewujudan benjol di kepala si kecil berkenaan akibat terhantuk pada perabot tersebut.
Mengigil dan menangis sambil minta maaf banyak kali
Elfira terus menggigil dan menangis apabila melihat benjol yang kebiruan di kepala si kecil itu. Dia juga berkali-kali mengucapkan kata maaf kerana terlalu rasa bersalah terhadap kejadian berkenaan. Setelah dipujuk oleh suami, ibu berusia 26 tahun itu akhirnya tenang dan Rayyan disahkan tidak mengalami kecederaan serius yang lain selepas diperiksa oleh doktor.
Sebahagian daripada perjalanan hidup sebagai seorang ibu
Menjengah di ruangan komen pula, ramai netizen di kalangan ibu-ibu tampil berkongsi pengalaman sama seperti yang dilalui oleh aktres ini. Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah apabila seorang ibu bersendirian pada tengah malam menjadi panik kerana anaknya berusia 6 bulan terjatuh dari katil.
Sumber: IG Elfira Loy
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura