Viral Antarabangsa

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Menaiki kapal terbang bersama bayi cukup memberikan golongan ibu bapa kerisauan. Oleh kerana pesawat yang terbang tinggi akan menghasilkan bunyi bising atau gegaran kuat, anak kecil boleh menjadi takut lantas menangis tanpa henti. Tambahan pula, suasana penerbangan bukanlah sesuatu yang biasa untuk mereka apalagi ia memakan masa selama berjam-jam.

BACA : Asyik Merungut Tiket Flight Sabah Sarawak Mahal, Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Saya takkan duduk sebelah bayi yang akan menangis…Thabita, awak mungkin dah takde kerja esok

Menguruskan bayi kecil sudah amat memberi tekanan, namun seorang ibu ini berdepan dugaan luar biasa apabila ada penumpang di pesawat sama menolak untuk duduk di sebelahnya. Sejurus melihat kelibat seorang anak kecil, riak wajah ‘Karen’ terus berubah selain meminta agar tempat duduknya ditukar ke tempat lain. Oleh kerana tidak dapat menerima hakikat dicadangkan menukar penerbangan lain jika ingin ketenangan, Karen terus melenting selain meminta nama pramugari terbabit kononnya untuk dilaporkan kepada pihak atasan.

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja
Gambar sekadar hiasan

Saya tak menjerit, saya akan diam sekarang…Saya tertekan

Enggan situasi bertambah keruh, pramugari bernama Thabita itu tegas membuat keputusan agar wanita terbabit dihalau keluar kerana menimbulkan kekecohan. Perlu terbang ke destinasi atas urusan kerja, dia tiba-tiba berubah sikap menjadi baik dengan harapan dibenarkan menyertai penerbangan ini. Perkembangan lanjut melaporkan Karen telah pun dibuang kerja lantaran penularan video menyaksikan dia bertindak biadap kepada penumpang lain.

@lockedinout

Karen Kicked Off Flight And Lost Her Job

♬ Running Up That Hill (A Deal With God) – Kate Bush

Bayi memang bersikap macam bayi…Tapi ramai pula orang dewasa perangai macam bayi…Pelanggan tak sentiasa betul

Melihat pramugari itu bersikap adil serta profesional dalam kerjanya, ramai netizen memberikan pujian. Malahan mereka berpuas hati kerana Karen mendapat ‘karma’ serta merta kerana dia pula yang kehilangan kerja akibat perangai buruk sendiri.

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Kredit : TikTok lockedinout

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Enggan Duduk Sebelah Seat Ada Bayi & Ugut Pramugari, Karma Wanita Dibuang Kerja

Facebook

Telegram

Kasut