Berkahwin pada tahun lalu, kini rumah tangga Uyaina Arshad serta Raja Shahiran bakal diserikan lagi dengan kehadiran anak sulung mereka yang dijangka lahir sekitar September nanti. Kebetulan, dua hari lalu pengacara serta pelakon terkenal ini ada memuat naik video memperlihatkan enggan perutnya diusap oleh orang sekitar.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Yang betul-betul rapat dengan saya takde masalah
Di sebalik content yang suka-suka dibuat, Uyaina bersama temubual pihak mStar telah berkongsikan secara lanjut mengenai kebiasaan mengusap perut ibu hamil tanpa izin ini. Baginya secara peribadi, dia kurang selesa jika ada orang yang berbuat demikian. Tambahan pula jika pihak tersebut adalah seseorang yang kurang rapat atau tidak dikenali sama sekali.
@uyaina Do not pet uh oh!! ☝🏻😂 #foryou #foryoupage
Kita tak tahu niat orang, lebih baik berhati-hati
Bukanlah hendak berburuk sangka, namun ia demi mengelakkan sebarang benda negatif berlaku kepada kandungan. Ringkasnya, niat hati orang yang datang mengusap perut itu tidak dapat kita pastikan sama ada bersifat baik atau sebaliknya.
Saya hanya bagi doktor je pegang…Orang lain nak pegang auto jadi mengelak
Berpegang terhadap pesanan orang tua-tua zaman dahulu, rupanya ramai juga netizen bersetuju dengan persepsi pengacara terkenal itu. Jika ada yang mahu pegang baby bump pun, mungkin hanya saudara terdekat ataupun oleh doktor ketika pemeriksaan kesihatan dibuat.
Kredit : TikTok Uyaina Arshad & Portal mStar
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
