Viral

“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

Sharing is caring!

Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah bebas yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Tutur katanya yang lembut sering disenangi oleh banyak pihak tidak mengira umur mahu pun bangsa. Selain aktif berdakwah dengan cara tersendiri, beliau juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Malah setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.

BACA : Terfikir Nak Tukar Agama Sebab ‘Family Toxic’, Remaja Ini Undang Sebak Ebit Lew


Bahagia & syukur kerana Allah menemukan kita..

Semalam di Twitter, Ustaz Ebit telah memuat naik perkongsian berbentuk video menyambut ulang tahun kelahiran isterinya. Menerusi perkongsian tersebut, beliau meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang cukup memahami. Sekali gus menjadi tulang belakang keluarga serta teman semasa susah dan senangnya.

“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

Entah berapa hari lagi yang tinggal & terima kasih untuk 4 cahaya mata..

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan permaisuri hatinya yang sanggup bertarung nyawa melahirkan empat cahaya mata mereka. Malah pendakwah itu turut mengakui terharu kerana wanita berkenaan tidak pernah sesekali membebankan dirinya, selain sering melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.


“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

Sannah helwah bidadari ustaz.. moga di bawah rahmat-Nya

Dikongsi sejak awal pagi tadi, klip video yang memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ustaz Ebit nyata menarik perhatian ramai hingga meraih lebih puluhan ribu tontonan. Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata netizen mengambil kesempatan mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan buat pendakwah berkenaan dan sekeluarga.

“Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri “Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri “Entah Berapa Hari Yang Tinggal” – Ucapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri

Sumber : Facebook Ebit Lew, Twitter ustazebitlew


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!