Meskipun baru episod pertama, tapi banyak reaksi diberikan peminat drama Melayu terhadap naskah ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’. Plot bermula apabila watak Raisya Hannah (Sophia AlBarakbah) bantu sepupunya Maira (Jasmine Suraya) menganjurkan ‘birthday party‘. Ia turut dihadiri oleh Luth Mikhail (Aliff Aziz), yang merupakan rakan sekerja Maira.
BACA :Â Pernah Satu Drama, Aeril Hurai Personaliti Sophia AlBarakbah – “Dia Baik, Manja”
Maira tersentak jumpa sepupunya sekatil dengan rakan sekerja
Namun tanpa disangka-sangka Raisya Hannah dapati dirinya terbaring di bilik Maira, sekatil pula dengan Luth Mikhail walhal lelaki itu langsung tidak dikenalinya. Insiden tersebut telah mengubah hidupnya, termasuklah disisih keluarga kerana sudah ‘terlanjur’. Lantaran itu, Hannah nekad membawa diri jauh ke negeri Sabah dengan harapan dapat mulakan hidup baru.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@arejar313 #part2 #kuakadkaudenganbismillah #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #aliffaziz
Dah la helok, bekerjaya, impian semua wanita…Hannah entah-entah dalam hati you tu dah terpukau
Antara babak yang mencuri perhatian, adalah sewaktu dialog Jasmine Suraya menunjukkan individu yang diminatinya sewaktu acara tersebut. Meskipun watak Hannah tidak berminat langsung dengan personaliti Luth Mikhail ketika itu, namun Maira berseloroh entah-entah mungkin sepupunya terpukau dalam diam.
Oh tak hadap ek…tapi dialog tu macam jadi kenyataan je
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan babak tersebut kerana seolah-olah berkait dengan spekulasi yang melanda kedua-dua bintang utama drama berkenaan. Namun di sebalik perkara tersebut, mereka akui jalan ceritanya sangat menarik meskipun baru episod pertama semalam.
Bella seorang yang betul-betul baik & ikhlas…I will stand by her
Dalam waktu yang sama, peminat Sophia AlBarakbah turut meluahkan rasa simpati kerana aktres berkenaan dikecam ramai susulan pendedahan oleh isteri Aliff Aziz. Namun sebagai individu yang mengenali Bella secara rapat, Jasmine Suraya sifatkannya sebagai isteri yang baik dan sekali gus menyokong tindakannya.
Kredit : IG Jasmine Suraya & TikTok arejar313
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura