Mistik

Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong

Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong

Sharing is caring!

Setiap orang pasti pernah terbaca cerita-cerita makhluk alam ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sedarkah anda bahawa sebenarnya kita duduk bersama-sama dengan mereka di dunia ini. Jika ada yang berpengalaman diganggu olehnya, pasti akan meremang bulu roma apabila terkenangkan kisah itu. Entiti ini sering mengganggu manusia terutama yang lemah semangat dan keseorangan. Tidak ketinggalan, seorang lelaki ini sempat menceritakan peristiwa seram yang berlaku kepada keluarganya.


BACA: Pintu Loker Tiba-Tiba Terbuka, Pelajar Bongkar Kisah Seram Dorm Isolasi Asrama 

Terakam entiti putih, sedangkan tiada telekung putih pun di rumah…

Menyeramkan sekali, kejadian terbabit berlaku pada waktu malam apabila tiba-tiba telefon bimbit ibunya berbunyi seperti sedang mengambil gambar. Apabila gallery telefon itu diperiksa selepas beberapa hari, didapati wujudnya gambar entiti seperti memakai telekung berwarna putih. Lebih merunsingkan, rumah keluarga itu tidaklah mempunyai sebarang persalinan telekung berwarna putih.


Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong

Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong

Adik pernah ditemani hantu pocong di sebelah ketika tidur…

Tambahannya lagi, pelbagai perkara pelik juga berlaku di rumahnya seperti api dapur dan aircond terbuka dengan sendiri secara tiba-tiba. Paling teruk apabila adiknya ditemani oleh hantu pocong ketika tidur pada waktu malam. Seperkara lagi, makhluk ini pun mengganggu tidak kira pada masanya tetapi tidak seteruk seperti waktu malam. Sehubungan itu, lelaki ini pun telah berjumpa orang yang boleh menyelesaikan masalah mistik keluarganya ini.


Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong Entiti Putih Muncul Dalam Galeri Phone, Keluarga Diganggu Benda Seperti Pocong

Sumber: Twitter @puteranurarif

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!