Hiburan Viral

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Majoriti daripada kita mesti ada bestfriend kan? Bila lama sangat tak bersua, masing-masing pasti cukup teruja tatkala ada peluang untuk berkumpul. Ditambah pula dengan geng yang memang sah ‘masuk air’.

BACA: Pernah Duduk Estet, Lelaki India Nangis Jumpa Balik BFF Lepas 25 Tahun Terpisah

Excited punya pasal nak panggil BFF…Ingatkan dia yang beg merah, sekali salah orang

Video dikongsikan oleh @Fathimahtikiti tular selepas berkongsikan rakaman dia dan rakan-rakannya tersilap memanggil orang. Ketika sedang menunggu seorang lagi rakan baiknya di Melaka Sentral, mereka mula menjerit nama “Emy Jamilah” kepada gadis yang memegang beg bagasi berwarna merah. Walaupun sudah berkali-kali membuat ‘pengumuman’ sehingga menarik perhatian orang lain di situ, individu tersebut masih tidak memberi respon.

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Dia pakai earphone kot…Eh nilah dia

Disangka gadis itu sedang memakai earphone, tidak lama kemudian satu susuk tubuh yang dikenali berjalan dari tepi sambil melambai-lambai. Rupa-rupanya, dialah rakan baik yang ditunggu dari tadi. Oleh kerana tidak dapat menahan malu, mereka tidak henti bergelak sakan.

@fathimahtikiti

Excited & Rindu punya pasal kat kawan. Ku sangka kan si bag merah rupanya bukan 🤣🤣 #fyp #fypシ #longdistancerelationship #bff #love

♬ original sound – user6659853451807 – Fathimoi

Okay ni first lawak aku tengok dalam 2022…Masalahnya lelaki belakang tu pun ikut confuse

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, video berkenaan telah meraih hampir 225 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur mendengar suara lelaki dalam rakaman berkenaan kerana terlalu confident membuat pengumuman di stesen bas tersebut.

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Kredit: TikTok fathimahtikiti

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Excited Buat Announcement Satu Stesen Bas Panggil Member, Rupanya Silap Orang

Facebook

Telegram

herness