Excited Nak Raya Di Rumah Anak, Malangnya Pak Cik OKU Ini Ditinggal Sendirian!

Hari raya seharusnya disambut dengan penuh kemeriahan bersama ahli keluarga dan juga sanak-saudara. Namun situasi berbeza menimpa nasib seorang pak cik ini. Sudahlah dirinya dihantar untuk tinggal di rumah orang tua, nasibnya bertambah malang apabila mengambil keputusan beraya di rumah anak sendiri. Tatkala keluarga lain sibuk meraikan Syawal, dirinya pula dilayan bagai orang luar apabila dibiarkan seorang diri.

Baca : [VIDEO] Keluar Beli Makanan Sendiri Sebab Anak Kerja, Kisah Pakcik Ini Sebak!

Lebih rela beraya dengan penghuni pusat jagaan warga emas…

Apabila dimasukkan ke rumah orang tua, pak cik ini terpaksa akur kerana itu saja pilihan yang dia ada memandangkan anaknya sibuk bekerja.

Nasib malang bila terjatuh di tandas ketika mandi…

Dek kerana jarang diziarahi, sudah pasti rasa rindu pak cik ini kepada anaknya semakin menebal. Hal ini membuat kan dia berasa teruja untuk beraya dengan anaknya. Namun apa yang diimpikan sekadar harapan semata-mata.

Sebelum raya, anak sibuk buat persiapan raya…

Gambar sekadar hiasan

Dalam keadaan berkerusi roda, dirinya ditinggalkan sendirian di rumah sementara anaknya keluar beraya.

Tinggalkan makanan, minta uruskan diri sendiri, tonton tv hilangkan bosan

Kenangan pahit itu membuatkan pak cik ini merasa kesal dan nekad menyambut perayaan di rumah orang tua yang didudukinya sahaja.

Bersyukur masih dapat sambut raya dengan penghuni lain

Dalam pada itu, netizen juga sempat meluahkan rasa geram dan sedih terhadap nasib yang menimpa pak cik ini.

Sabarlah pak cik…Dunia ni sekejap je

Wahai anak menantu…Balasan Allah amat pedih

Kisah macam ni buat peringatan untuk diri sendiri

Sumber : Facebook dan Kredit Foto Harian Metro

Apa Komen Anda?