Fakta Kehamilan – Walaupun Gugur 3 Kali Berturut, Wanita Boleh Mengandung Lagi

Apabila berbicara soal kehamilan, ianya tak dinafikan adalah antara berita paling gembira buat setiap suami isteri. Mana taknya, zuriat adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya dan ada yang mengambil masa hingga berbelas tahun untuk menantikan seorang cahaya mata sahaja. Tapi kadangkala mungkin kerana rezeki sesebuah rumah tangga itu belum tiba lagi, keguguran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

BACA: “Mainlah Di Syurga Ye Anak” – Wanita Ini Redha Diuji 5 Kali Keguguran Berturut

Apakah keguguran berulang-ulang?

Isu sebegini pastinya membuatkan ibu bapa risau, tentang apakah faktor keguguran biasa dan juga keguguran berulang-ulang. Sempena hari memperingati keguguran sedunia yang disambut pada tarikh 15 Oktober setiap tahun, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Izzat membongkarkan perbezaan tentang kedua-duanya.

Faktor-faktor seseorang wanita mengalami keguguran

Jelas doktor lelaki ini, terdapat banyak faktor yang dikenalpasti mungkin boleh menyumbang terhadap keguguran di lewat kehamilan. Meskipun manusia tidak dapat mengawal atau mengubah punca semulajadi seperti genetik dan sebagainya, namun faktor luaran perlulah ditambahbaik. Ujar beliau, peluang untuk keguguran boleh meningkat apabila berlakunya satu keguguran.

Gambar sekadar hiasan

Wanita boleh berjaya dalam kehamilan…walau pernah gugur 3 kali berturut

Dalam pada itu, Dr. Izzat turut menggalakkan setiap suami isteri mendapatkan rawatan serta kaunseling oleh pakar. Hal ini kerana golongan wanita yang dibantu dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kandungan yang lebih sihat. Jelasnya lagi, kebanyakan wanita sebenarnya akan berjaya hamil sehingga kehujungnya walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut. Pihak kesihatan akan sentiasa memantau dan menyediakan rawatan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Muhammad Izzat

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?