Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle terus menjadi perbualan hangat netizen. Lebih menguatkan spekulasi, apabila Diana bertindak memadam foto bersama suami di akaun Instagram miliknya.
BACA :Â Farid Kamil Dihalang Masuk Rumah & Jumpa Anak? Ini Respon Peguam Diana Danielle
Farid Kamil berusaha memujuk…tetap menaruh harapan terhadap perkahwinan mereka
Menurut pengurus Azhari Hamid, notis mahkamah berhubung permohonan berpisah itu hanya diterima minggu lalu. Walaupun dihalang dari rumah mereka sejak 3 Mac lalu, namun pelbagai usaha dilakukan Farid Kamil bagi memujuk isteri tercinta. Bagaimanapun, ia tidak mampu mengubah pendirian Diana Danielle.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Farid nangis hasrat bawa anak naik kereta baru tak kesampaian hujung minggu lalu…tiba-tiba muncul polis peronda
Selain itu, Farid Kamil juga dikatakan hiba apabila hasrat membawa anak-anak keluar menaiki kereta baru yang dibeli untuk kegunaan sekeluarga tidak kesampaian hujung minggu lepas. Ini susulan, ada pihak panggil polis peronda muncul di pos pengawal kediaman mereka.
Sebelum tu memang wujud perselisihan kecil…tapi Farid tak sangka bawa kepada situasi ini
Bercakap bagi pihak Farid Kamil, Azhari sifatkan hubungan pasangan tersebut baik-baik saja sehingga kembali ke tanah air daripada mengerjakan umrah pada akhir Februari lalu. Pun begitu wujud perselisihan kecil antara mereka, namun dia tidak menyangka ia membawa kepada permohonan berpisah daripada Diana Danielle. Akan tetapi, Farid akur dengan perintah mahkamah dan bakal menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Kredit : IG azaharihamid &Â Kosmo Online
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura