Malaysia memang terkenal sebagai negara yang mampu menjalani hidup dengan harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk kita mewujudkan jurang bahkan menjadikan kita lebih sepakat sebagai rakyat Malaysia. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi sebuah pengalaman mengharukan apabila menerima makanan berbuka puasa dari penumpang bukan MusIim ketika menaiki sebuah feri.
Baca : Perkongsian Mila Jirin Semasa Umrah Dan Balik Malaysia Membuka Mata Ramai
Tidak menyangka bahawa feri yang dinaiki mereka menghadapi kerosakan, perkara itu berlanjutan sehingga masuknya waktu berbuka puasa. Dek kerana prihatin dengan orang Melayu yang hanya minum air ketika berbuka puasa, seorang wanita berbangsa Cina mula bangun mengagihkan coklat.
Dia cakap “kena makan kalau berbuka”…
Walaupun apa yang diberi hanyalah sekadar coklat dan pastinya tidak mampu mengenyangkan perut, namun keluhuran budi aunty ini sudah tentu akan diingati sampai bila-bila.
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi lelaki Cina juga sangat bermurah hati dan sudi memberikan makanannya kepada lelaki yang berkongsikan kisah ini.
Berjurai air mata aku…Orang Cina bangsa Malaysia baik
Moment seperti ini mungkin jarang dialami oleh orang lain, namun tindakan kecil seperti ini membawa banyak komen positif daripada netizen.
Mereka jujur memberi pertolongan…Good job
Bukan semua Cina jahat…bukan semua Melayu baik
Jangan salahkan bangsa atau negeri…Salahkan individu
Sumber : Facebook Nasx Seth
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
