Mendirikan rumah tangga merupakan impian buat semua wanita. Lebih-lebih lagi apabila telah menjalinkan hubungan cinta selama bertahun-tahun, sudah pasti status ‘dihalalkan’ menjadi perkara yang ditunggu-tunggu. Malah, ada juga terus datang merisik ketika pertama kali berjumpa dan itulah kisah yang berlaku kepada seorang gadis ini.
BACA:Â Batal Kahwin Esok Sebab Tunang Selingkuh, Pemuda Let Go Baju Nikah Dekat Member
Lelaki bawa family datang beraya rumah girlfriend, sekali terus bertunang
Menerusi perkongsian snazira08 di laman TikTok, pada awalnya si dia telah datang bersama keluarga untuk beraya. Namun, siapa sangka niat untuk beraya telah bertukar kepada majlis pertunangan. Menariknya, moment itu merupakan kali pertama lelaki berkenaan berjumpa dengan teman wanita dan mereka pun terus disatukan selepas mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
https://www.tiktok.com/@snazira08/video/7093754547637587227?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7074397191938409986
Sebenarnya tak rancang langsung nak bertunang…niat nak pergi beraya ja
Menurut lelaki berkenaan, perkara tersebut sebenarnya langsung tiada dalam perancangan dan hanya berniat hendak beraya sahaja. Namun keluarganya telah membuat keputusan last minit untuk merisik sekaligus terus menyarungkan cincin. Memandangkan dia baharu sahaja mendapat cuti sempena Aidilfitri, sudah pasti detik itu tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila.
@snazira08 Reply to @potatos_fr ni tunang lelaki , dah dapat cuti balik terus meminang 🥹
Lajunya begitu mudah macam ABC…ni baru betul real gentleman bukan berjanji-janji
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen pula turut tumpang gembira melihat lelaki berkenaan bakal menikah dengan teman wanita tercinta. Dalam pada itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan berharap agar hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Kredit: TikTok snazira08
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura