Viral

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Sharing is caring!

Makanan manis seperti aiskrim dan gula-gula biasanya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaupun ibu bapa harus mengawal pengambilan gula, mereka tetap perlu diberikan peluang untuk merasa makanan  manis supaya anak kecil dapat explore sendiri deria rasa masing-masing. Apabila nak cuba benda baru buat pertama kalinya, pasti mereka excited seperti reaksi comel seorang kanak-kanak ini di Twitter.

BACA: Menangis Lepas Dibuang Alat Mengait, Mak Tak Boleh Terima Hakikat Anak ‘Lembut’

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Jari comel dia tu siap melentik bila pegang aiskrim… kening dia pula kemain terangkat-angkat

Pengguna akaun bernama @ alyaaoreo telah memuat naik sebuah rakaman memaparkan reaksi anak kecil yang memakai dress berwarna merah jambu apabila mendapat airkrim dalam kon buat pertama kalinya. Si kecil tersebut sempat mengucapkan ‘wow‘ sambil menggerakkan kening dan jarinya pula siap melentik bila pegang kon itu. Dia juga siap mengangguk dan menggoyangkan badan sebagai tanda menyukai manisan berkenaan.


Comelnya… sempat lagi dia bisik ‘wow‘ perlahan je sebelum rasa aiskrim tu

Klip video yang turut mendapat perhatian selebriti Daiyan Trisha itu telah mempunyai lebih 180 ribu tontonan dan 10 ribu retweets setakat ini. Selain memuji kecomelan anak kecil berkenaan saat menikmati aiskrim kon pertamanya, ada juga netizen di kalangan wanita memahami reaksi kanak-kanak tersebut terutamanya apabila mendapat sesuatu yang disukai oleh mereka.

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’


Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Excited First Time Merasa Aiskrim Kon, Reaksi Adik Comel Buat Ramai ‘Melting’

Sumber: Twitter @alyaaoreo


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!