Semalam telah berlangsungnya minggu ketiga buat Semi Final Muzik-Muzik ke 34 dan merupakan penentuan bagi peserta yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu. Daripada 30 lagu yang telah dipertandingkan, akhirnya 12 buah lagu telah diumumkan layak. Pemilihan kali ini menyaksikan muka-muka baru penyeri industri muzik bakal menghiasi pentas akhir termasuklah Aina Abdul, bekas Naib Juara Mentor Legend 2014.
BACA: Naim Daniel & Drama Band Tepati Ramalan, Ini Senarai Penuh 12 Lagu Mara AJL 34
Comeback Aina penuh bergaya
Penyanyi wanita ini telah berjaya membuat kebangkitan semula setelah sekian lama menyepi dengan mempertaruhkan lagu ciptaan sepenuhnya oleh dirinya sendiri bertajuk ‘Sumpah’. Persembahan gadis tersebut dikatakan sangat hebat dengan alunan suara serta vokal yang padu persis seperti dalam rakaman.
Penampilan kali pertama di Semi Final Muzik-Muzik
Walaupun ini merupakan kali pertama menjejaki pentas Semi Final Muzik Muzik, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya menjanjikan sebuah nyanyian yang mampu memikat hati juri. Hanya Aina Abdul dan juga Ernie Zakri, penyanyi wanita yang dapat mara ke pentas akhir itu dengan dikelilingi 10 lagi kumbang.
First time dia masuk AJL Semi Final tapi macam pro
Rata-rata netizen lega dengan keputusan pada malam semalam apabila nama gadis itu turut diumumkan sebagai nama yang terakhir berjaya. Mereka bersetuju nyanyian yang telah dipersembahkan telah membuktikan kemampuannya bukan calang-calang walaupun bersaing bersama penyanyi lebih berpengalaman.
Sumber: Youtube TV9 Official
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI