“Fitnah Semata!” – Isu Viral Foto Panas, Penerbit Filem Tampil Bela PU Rizz

Selepas para artis, kini giliran ustaz selebriti iaitu PU Rizz pula menghadapi kontroversi penularan foto ‘nakal’. Semalam, perkara itu telah tular di media sosial dan pastinya mengaibkan tuan badan sendiri. Namun begitu, PU Rizz menafikan bahawa lelaki dalam gambar itu adalah dirinya. Dalam pada itu, Datuk Normashayu Puteh (Ayu Puteh) selaku seorang penerbit filem juga terkejut apabila mendengar berita tersebut.

Baca : Malam Tadi Diugut Minta Duit, Pagi Ni Foto Tak Senonoh Mirip Diri Pula Tersebar

Gambar ‘nakal’ didakwa milik PU Rizz…

Menurutnya yang pernah mengenalinya secara dekat, PU Rizz tak mungkin berbuat perkara seperti ini.

Fitnah semata-mata…

Individu yang menyebarkan gambar nakal itu cuba jatuhkan karier Rizz…

Sepanjang penggambaran, dia sangat menjaga batas…

Tak percaya gambar itu sebab Rizz takkan buat benda mengarut

Sedang cuba berjinak dalam dunia lakonan, Ayu Puteh juga berharap agar PU Rizz kekal sabar dengan dugaan ini.

Ini asam garam sebagai anak seni…Saya yakin dia boleh pergi jauh

Sumber : Portal mStar

Apa Komen Anda?