Kehidupan Cinta Family

Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Isteri-“Aku Kuat Demi Anak”

Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Isteri-“Aku Kuat Demi Anak”

Walaupun netizen tertanya-tanya punca perpisahan Fizi Ali dan isterinya, mereka tetap dengan pendirian untuk terus merahsiakan tentangnya. Semasa sedang on air pagi tadi di stesen radio tempatnya berkerja, Ajak Shiro juga sempat bertanya mengenai perasaan Fizi waktu ini.


BACA:Ulang Voice Note Sebab Rindu Bekas Isteri, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih

Tak ada manusia dalam dunia nak perpisahan…Kalau nak tahu, aku masih sayang bekas isteri aku

Pada ketika itu, Fizi dengan tenang menjawab tidak ada seorang pun manusia di dalam dunia ini mahukan perpisahan. Terpaksa ‘menelan’ keperitan yang terjadi, dia akui sedang merasai kehilangan besar. Bapa kepada seorang anak perempuan itu juga sempat berterus-terang masih sayangkan bekas isterinya sambil menitiskan air mata.


Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Isteri-“Aku Kuat Demi Anak”

Kami kenal hampir 8 tahun…Sampai satu tahap aku tak tahu nak bagitahu anak aku macam mana

Sepanjang 8 tahun tempoh perkenalan mereka, bekas isterinya disifatkan sebagai wanita yang telah banyak mengubahnya. Teringat akan cahaya mata bernama Ameena, Fizi masih tidak tahu bagaimana untuk dia menerangkan hal sebenar kepada si kecil itu. Dalam masa sama, lelaki berkenaan memohon agar orang ramai mendoakan mereka bertiga diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.


Terima kasih buat doa kalian untuk kami bertiga…Allah ada jaga Mimi & Ameena

Terbaharu, pelakon wanita berkenaan ada memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan semua individu yang telah mendoakannya. Dia sendiri yakin bahawa Allah akan sentiasa menjaga mereka anak-beranak.

Kreditl: Instagram suriamalaysia, Instagram fiziali_ & Instagram syakillakhoriri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Isteri-“Aku Kuat Demi Anak”

Facebook

Telegram