Inspirasi

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Sharing is caring!

Tanpa disangka, masih terdapat insan baik hati dalam membantu petugas negara tanpa mengambil kira latar belakang mereka. Walaupun sibuk dengan tugas sendiri, sekumpulan food rider mula menjadi viral apabila tidak ketinggalan menyumbang budi bagi membelanja makan kepada mereka yang bertungkus-lumus berkerja dalam menangani wabak COVID-19 daripada terus merebak.

BACA: Pemuda Gigih Part Time Jadi Food Rider, Malu Nak Mengaku Kerja Sebenar Sebab..

Berkongsi duit beri sumbangan

Melalui perkongsian sebuah video di laman twitter, seorang pemuda dan rakan-rakannya yang bekerja sebagai penghantar makanan telah berkongsi duit gaji mereka dan membeli makanan. Walaupun sumbangan Abang Rider tidaklah besar, namun cukup sekadar menghargai satu sama lain buat mereka yang bekerja  di barisan hadapan.


Lewat malam berkayuh

Setelah penat menghantar pesanan pada siang hari, namun Abang Rider tetap gigih keluar pada lewat malam bagi menghantar makanan kepada pihak polis dan petugas kesihatan. Mereka turut menyampaikan pesana kepada petugas hadapan agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas.

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Kesenangan akan datang selepas kesusahan

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan sikap mereka sehingga mengingatkan pasti akan ada kesenangan selepas kesusahan buat Abang Rider. Walaupun mungkin mereka tidaklah begitu berduit, namun sikap tidak lupa untuk bersedekah dan memberikan bantuan kepada orang lain menjadi taudalan baik buat mastarakat di luar sana.


Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

 

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Sumber: Night Rider


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Food Rider Kumpul Gaji Bersama Belanja Polis Makan, Netizen Kongsi Rasa Terharu

Sharing is caring!