[FOTO] 3 Pagi Dah Korek Tanah, Kegigihan Ibu Bina Kolam Sendiri Jadi Inspirasi

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Selagi ada kemampuan, insan ini akan cuba sehabis mungkin merealisasikan impian seorang anak. Mereka sanggup mencurahkan jerit perih dan usaha semata-mata demi senyuman kegembiraan mereka. Begitu juga dengan seorang wanita ini yang tular setelah berjaya merealisasikan impian anaknya untuk membina sebuah kolam di rumah hasil tangan sendiri. 

BACA: [VIDEO] Lalu Siap Tunduk Depan Tutorial Tudung, Ragam Sopan Ibu Gadis Ini Viral

Bersungguh mummy korek tanah, ikat bata, buat simen 

Perkongsian berkenaan telah dikongsi oleh Hezline Atherra di laman Facebook miliknya. Melalui status berkenaan, dia sempat menerangkan satu persatu langkah yang diambil untuk menyiapkan kolam itu. Kolam tersebut dibina hampir seratus peratus hasil tangannya dan juga suami, selain turut dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Tambahnya, proses pembinaan pula memakan masa sebulan.

2 minggu korek tanah sampai 3 pagi

Walaupun hanya berukuran 5 kaki, namun ia sudah cukup membuatkan anak-anaknya serta keluarga gembira dengan binaan tersebut. Wanita yang juga berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam melakar sendiri reka bentuk kolam serta taman di sekelilingnya manakala si suami mengambil tugas menguruskan sistem perpaipan dan juga cat. Walaupun ada kalanya sehingga jam tiga pagi masih lagi mengorek tanah selama dua minggu berturut-turut, namun wanita ini lega dengan hasilnya.

Bancuh simen semua sorang ke. Gila lawa dia buat

Jelas Puan Hezline, perkongsiannya ini diharap dapat diambil sebagai inspirasi buat orang lain. Rata-rata netizen kagum dengan kegigihan ibu ini yang sanggup berbuat apa saja demi seorang anak. Mereka turut memuji idea kreatif yang direalisasikan oleh wanita ini walaupun serba kekurangan. 

Sumber: Facebook Hezline Atherra , Twitter Marsyamelo & Erien Zulkifli

 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?