[FOTO] Asyik Single Tak Sudah, Rupanya Ramai Ingat Ibu Lelaki Ini Sebagai Awek!

‘Awet muda’! Demikianlah gelaran yang sesuai diungkapkan kepada seorang ibu yang kelihatan sangat cantik dan lebih muda berbanding usia sebenarnya. Baru-baru ini, ibu ini telah mencuri tumpuan ramai apabila beberapa gambarnya dikongsikan menerusi akaun Twitternya anak lelakinya yang bernama Azri. Gambar itu telah meraih sekitar 8.7k retweets sejak dimuatnaik  semasa hari raya baru-baru ini. 

Baca : Ucapan Hari Ibu Nadiyah Shahab Jadi Tumpuan, Tak Sangka Mak Muda Macam…

Ini ibu yang lahirkan aku lah, bukan makwe…

Dek kerana penampilan serta rupa yang sangat cantik, Azri juga beranggapan ramai menyangka ibunya ini sebagai teman wanita. Padahal, dirinya sendiri masih lagi single sehingga kini!

Tidak dinafikan, ibunya kelihatan sangat cantik bak anak dara. Jadi tak hairanlah ada sesetengahnya yang salah faham kononnya Azri sudah berpunya.

Usia ibu aku dah 47 tahun…

Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan memuji kecantikan yang dimiliki oleh ibu lelaki ini.

Insecure habis kalau tengok bakal mertua lagi cantik

Patutlah anak tak laku sebab insecure kena hadap mak

Auch cantiknya ibu…Kirim salam ibu…

Sumber : Twitter Azri

Apa Komen Anda?