[FOTO] Banjir Bukan Penghalang Detik Penyatuan Cinta Antara Dua Insan

Beberapa hari ini, negeri-negeri di sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan dan juga Terengganu telah dilanda banjir yang agak teruk. Bukan sahaja itu, antara kawasan yang turut terlibat adalah sebuah daerah di Thailand yang juga bersempadan dengan Malaysia. Musibah yang berlaku tanpa diduga itu telah mengakibatkan sebuah majlis perkahwinan di daerah berkenaan terjejas sehingga tular di media sosial apabila pengantin terpaksa mengharungi air melebihi paras lutut.

BACA: [VIDEO] Pelamin Anganku Musnah, Pengantin Pindah Naik Bot Lepas Tersekat Banjir

Air naik dalam masa yang singkat

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat naik di laman Facebook rasmi milik jurugambar yang bertugas. Jelasnya, kedua suami isteri berkenaan pada mulanya agak cemas apabila air di Sungai Kolok, Narathiwat mula naik secara mendadak selepas hujan lebat. Walau bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tetap meneruskan majlis berkenaan memandangkan persiapan juga sudah dilakukan pada 30 November serta 1 Disember yang lalu.  

Ambil peluang rakam detik indah

Advertisement

Photographer berkenaan yang tidak mahu melepaskan peluang telah memanfaatkan situasi tersebut untuk dijadikan kenangan paling bermakna buat kedua mempelai itu. Majlis tetap berjalan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran sanak saudara serta rakan-rakan. 

Kedua mempelai tetap tersenyum indah sambil berjalan beriringan walaupun diuji dengan ujian yang agak besar

Advertisement

Sengsara di balik tabir hanya mereka yang tahu

Rata-rata netizen memuji ketabahan jurugambar tersebut menempuh dugaan bagi merakam potret indah berkenaan. Ramai juga menyifatkan pengalaman itu adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku menjadikan ia lebih unik serta menarik buat tatapan seisi keluarga. 

Advertisement

 Sumber: Facebook Meen Photographer 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?