[FOTO] ‘Berat Lagi Bahu Memikul’, Penampilan Anggun Jihan Muse Jadi Perhatian

Konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim keenam (GV 2019) yang berlangsung pada malam tadi nyata masih menjadi bualan ramai hingga ke hari ini. Di samping persembahan bertenaga daripada kesemua 13 bintang ‘otai’ Malaysia di atas pentas, gelagat spontan juri dan hosnya turut memeriahkan lagi malam pertandingan tersebut. Dan antara yang paling mencuri tumpuan pastinya tak lain tak bukan adalah penampilan menawan pengacara, Jihan Muse.

BACA: “Nampak Qash Je Terus Jadi Bisu” – Parodi Sweet Dreams Jihan & Bell Lawak Habis

Tema: Berat lagi bahu memikul

Muncul anggun mengenakan busana yang berwarna dominan hitam selain lengkap dengan aksesori rantai dan juga cincin berlian, style yang diketengahkan oleh artis serba boleh ini nyata cukup memukau. Walaupun bahagian bahunya tampak sedikit ‘besar’, tapi itulah yang menjadikan fesyen tersebut sebagai sesuatu yang rare dan unik.

Aksi di belakang tabir & di atas pentas

Dan walaupun persalinan figura kepada seorang cahaya mata ini ada kalanya dijadikan sebagai bahan lucu oleh rakan pengacara iaitu Nabil Ahmad, namun dia tetap membalas semula bahawa penampilan ini sangat menawan dengan dirinya. Malah Jihan turut kelihatan selesa ketika melakukan persembahan pembukaan di konsert semalam.

View this post on Instagram

Bertenaga @jihanmuse n @nabilzira malam ni…🙀🙀 #GegarVaganza2019 #RiaXGV6 #kembaliberontakdalamrentak

A post shared by Ria X (@officialriax) on

Paling lawa selama Jihan jadi artis

Susulan itu, Instagram pelawak wanita ini tak henti-henti dihujani dengan pelbagai kata pujian dan reaksi positif daripada rakan artis serta para peminat. Selain menyifatkan imej malam tadi sebagai antara penapilan paling jelita pernah diketengahkan oleh Jihan Muse, rata-rata mereka turut menyamakan dirinya dengan watak dongeng popular Barat iaitu ‘Maleficent’.

Sumber: IG jihanmuse, jihanizer, officialriax & Media Hiburan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?