[FOTO] Cantik Kalah Model Dewasa, Si Cilik Ini Dinobat Miss Teen Thailand 2019

Tak dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang ini memang jauh sangat bezanya jika dibandingkan dengan generasi zaman terdahulu. Jika masa kecil dulu kita semua 24 jam comot sebab main dan makan, malah tak kisah pakai baju apa sekali pun. Tetapi rata-rata generasi Z sekarang ini memang ‘lain macam’. Budak seawal usia 5 tahun sekarang dah sibuk main dengan alat make up. Belum ditambah lagi dengan segala macam filter di telefon pintar kan?

BACA: Viral Kanak-Kanak Persis Model ‘Mixed’, Ibu Kongsikan Petua Bulu Mata Lentik

Si cilik viral kerana cantik & menawan

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan telah menjadi viral di sekitar Asia Tenggara gara-gara kecantikan dan kecomelannya beraksi di atas pentas peragaan. Si cilik yang dikenali sebagai Baifern Freya ini sebenarnya berasal dari wilayah Chumphon, Thailand.

Lincah beraksi di pentas peragaan

Namanya mula menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial, terutamanya di negara Gajah Putih itu apabila beberapa fotonya telah dimuat naik oleh salah seorang ahli keluarga ke laman Facebook. Kesemua gambar dan aksi terbabit telah dirakam sewaktu dia menyertai pertandingan pencarian ikon kanak-kanak Thailand iaitu ‘Mister & Miss Teen Thailand 2019’.

Dinobatkan sebagai salah seorang ‘Miss Teen Thailand’ 2019

Difahamkan, pertandingan tersebut telah pun berlangsung pada 26 dan juga 27 Oktober yang lalu dan melibatkan penyertaan dalam beberapa kategori mengikut umur. Tuah nyata memihak kepada di jelita Baifern Freyan apabila dia mengungguli acara tersebut dan membawa pulang trofi kejuaraan tahun ini.

Muka natural pun comel 

Kecik-kecik pun dah lawa…Menangis tengok cantik macam ni

Dalam pada itu, kanak-kanak ini tidak putus-putus menerima pujian dan ucapan tahniah dari seluruh benua Asia gara-gara penampilannya yang sangat menawan itu. Malah ada juga yang berharap agar mereka dikurniakan zuriat yang cantik persis adik model ini. Secara keseluruhannya, posting di FB berikut telah dikongsi lebih 74 ribu kali sejak dimuat naik setakat ini.

Sumber: FB Shanti Hara & Baifern Freya

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?