[FOTO] “Cantiknya Baby..” – Ibu Dedah Wajah Pertama Ainul Mardhiah Tanpa Tumor

Sebelum ini, Dr Amalina Che Bakri dan ibu bapa kepada si cilik yang menghidap Germ Cell Tum0r ada memberitahu bahawa Ainul Mardhiah telah selamat menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan di London, United Kingdom yang berlangsung semalam. Terbaru, ibunya, iaitu Nurul Erwani Zaidi, 24, ada berkongsi foto terbaru tentang anaknya itu selepas tum0r seberat 200 gram yang berada di bahagian mulut itu dibuang sepenuhnya.

BACA: [UPDATE] Alhamdulillah, Ainul Mardhiah Selamat Jalani Rawatan –  Ibu

Cantiknya Ainul Mardhiah…

Melalui status di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata prosedur membuang ketumbuhan anaknya itu agak berisiko. Namun adik Ainul dan pasukan perubatan yang merawatnya berjaya melepasi ujian tersebut. Dia turut berterima kasih kepada semua yang menyumbang dan mendoakan anak perempuannya hingga ke saat ini.

Jangan risau anak mama…dah tiada lagi benda ganggu kamu

Terima kasih atas doa, sumbangan & bantuan semua!

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan berita tersebut selain memuji kecomelan bayi ini dengan penampilan terbarunya.

Sayang Ainul baby girl…

Syukur alhamdulillah…cantiknya kamu wahai anak

Allahuakbar! Semoga mama walid Ainul juga diberikan kekuatan besarkan kamu

Sumber: IG _nrlerwani

Apa Komen Anda?