Family Hiburan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

Sharing is caring!

Sejak melahirkan cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, kehidupan keluarga pelakon Elfira Loy dan suami iaitu Muhamad Khairol Faris Anuar bagaikan terasa semakin lengkap. Mana tidaknya, bayi yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris ini bukan sahaja memiliki wajah comel. Malah gelagat mereka berdua ketika melayan si comel itu turut menjadi tatapan ramai peminat di media sosial. Baru-baru ini pula, sambutan majlis aqiqah Rayyan diadakan dengan cukup meriah sebentar tadi.

BACA: Hari Terakhir Berpantang, Akhirnya Elfira Loy Tayang Muka Penuh Anak

El & Faris sedondon bak pengantin

Walaupun hanya mengenakan solekan ringkas, namun Elfira kelihatan anggun dan sedondon dengan Faris apabila mengenakan busana berwarna putih bersama anak mereka. Di samping acara doa selamat, majlis itu diserikan lagi dengan kumpulan marhaban Alam Damai dan tahnik oleh Ustaz Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin.

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

Foto sekitar majlis aqiqah, tahnik & doa selamat Muhamad Rayyan Khalaf

Majlis yang bertempat di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat ibu bapa Rayyan ini. Dalam pada itu, antara selebriti yang turut kelihatan di acara penuh bermakna itu adalah Shila Amzah, Ramona Zamzam, personaliti TV Dayah Bakar serta penyampai radio Hani Fadzil.

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

[FOTO] Elfira Loy & Faris Sedondon Bak Pengantin Di Majlis Aqiqah Rayyan

Sumber: Instagram dayahbakar, hahanybunch, ramonazamzam & shahilaamzah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!