[FOTO] Gigih Upah Tailor Bertaraf Diploma, Tapi Design Baju Raya Jahanam Teruk!

Setiap kali menjelang hari raya, pasti ada saja cerita tentang si tukang jahit yang bermasalah dalam menyiapkan tempahan baju raya. Tidak ketinggalan, seorang wanita bernama Ara Malek  baru-baru ini telah meluahkan kesal gara-gara tempahan baju rayanya menjadi cacamerba. Bukan sedikit, malahan baju yang ditempah rosak sepenuhnya di tangan seorang tailor yang berkelulusan Diploma Rekaan Fesyen!

Baca : Sudahlah Baju Raya Jahanam, Tukang Jahit Sempat Pula Perli Gadis Ini Gem0k!

Lebih mengecewakan, fabrik yang dibeli oleh Ara adalah jenis yang mahal. Sudah pasti besar harapannya untuk melaram dengan baju yang akan dihasilkan daripada fabrik tersebut. 

Benda ni buat kami fobia, stress dan penat…

Indah khabar daripada rupa! Demikianlah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan semua baju yang siap dijahit oleh tailor upahannya.

Baju terlalu kecil…Ukuran salah

Bukan sahaja ukurannya salah, design pula entah apa-apa.

Nampaknya, hasrat menyarung baju raya yang cantik hanya tinggal angan-angan buat Ara.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang kecewa setelah mengetahui kejadian ini. Oleh itu, mereka terus meluahkan rasa tidak puas hati kepada tukang jahit yang tidak telus dalam menyiapkan tempahan pelanggan.

Kain dah cantik…Memang kecewalah

Memang kena tukar kerjaya lain tailor ni

Macam manalah dia ambil tempahan

Sumber : Facebook Ara Malek

Apa Komen Anda?