[FOTO] Ibarat Digantung Tidak Bertali, Suasana Hiba Pekerja Utusan Dirakam

Setelah hampir 80 tahun beroperasi, Utusan Malaysia akhirnya telah terpaksa menamatkan operasinya semalam. Bagi mengesahkan penamatan tersebut, satu memorandum pekeliling telah dikeluarkan oleh pihak pengerusi eksekutif pada pagi, 9 Oktober. Arahan turut diberikan kepada para pekerja untuk mengemas tempat kerja, mengambil barangan peribadi serta menyerahkan harta benda syarikat seperti kad akses dan kunci pejabat. 

BACA: Syarikat Utusan & Kosmo Minta Derma, 300 Pekerja Tuntut Gaji 3 Bulan Tertunggak

Usaha selamatkan syarikat gagal

Usaha syarikat daripada gulung tikar tidak membuahkan hasil walaupun telah menggadai serta menjual aset-aset syarikat serta kumpulan bagi menampung kerugian. Malah Utusan juga gagal membayar gaji pekerja dan juga hutang yang ada. Walau bagaimanapun, nasib 800 orang pekerja di syarikat media cetak berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya memandangkan tarikh akhir mereka berkhidmat disebut pada 30 haribulan Oktober. 

Kredit The Malaysian Insight

Nasib pekerja masih lagi menjadi tanda tanya

Detik-detik penutupan operasi syarikat tersebut sempat dirakam oleh jurugambar Afif Abd Halim dari The Malaysian Insight dan juga Syafiq Ambak dari Malaysia Gazette. Nyata suasana kelihatan sangat hiba dan menyedihkan. Ada yang dilihat sempat membawa anak sambil mengemas barangan peribadi masing-masing.

Kredit Malaysia Gazette
Kredit The Malaysian Insight
Kredit The Malaysian Insight
Kredit The Malaysian Insight
Kredit The Malaysian Insight
Kredit The Malaysian Insight

Sumber: The Streets & Astro Awani

Apa Komen Anda?