Berita pemergian peserta ‘Big Stage 2020’ iaitu Sandra Dianne cukup mengundang rasa pilu selepas dia terlantar koma di unit rawatan rapi (ICU) selama 6 hari akibat terbabit dengan sebuah nahas jalan raya. Sehingga sekarang, barisan peminat dan rakan artis masih terkejut dengan berita sedih berkenaan. Akan tetapi pada hari ini, orang ramai mula menyedari sesuatu apabila mereka melawat semula ke Instagram penyanyi lagu ‘Hey Kau’ ini.
BACA : Bekas PA Bertemu Ilahi, Datin Shahida Nangis Dengar Ayat Didedahkan Ibunya
Anggun berbusana putih…Gambar terakhir dimuat naik ke Instagram
Jika diteliti kembali, gambar terakhir yang sempat dimuat naik oleh Allahyarham ke akaunnya adalah ketika dia sedang mengenakan busana berona putih lembut dengan kapsyen Minggu Tiga #bigstage2020 #DominasiBBNUNormaBaru. Dengan baju berkenaan, wajah Sandra kelihatan sungguh lembut dan ayu sehingga meraih banyak pujian daripada netizen dan tanda suka lebih 22,000 kali.
Permaisuri negara mana ni? Negara atas langit…Seakan nak beritahu Sandra akan pergi
Menjengah pula ke ruangan komen posting berkenaan, dia sempat berinteraksi dengan sebuah akaun Instagram yang merupakan kelab peminatnya sendiri. Menyifatkan kecantikan Sandra persis seorang permaisuri negara, penyanyi itu sempat berseloroh dengan jawapan lucu. Namun setelah diimbas sekali lagi, ayat berkenaan seakan-akan menjadi petanda bahawa rupanya dia akan kembali bertemu Allah buat selama-lamanya.
Sumber : Instagram Sandra Dianne
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura