[FOTO] “Kalau Rasa Ayah Tak Mampu, Anak Please Jangan Minta Macam-Macam..”

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Dalam menghargai pengorbanan besar ibu yang telah mengandung dan melahirkan, kita tetap tidak boleh melupakan peranan bapa dalam membesarkan anak-anak. Tanpa memikirkan lelah penat yang terpaksa dihadapi, seorang ayah gigih keluar mencari rezeki setiap hari demi membahagiakan keluarganya. Itulah jua yang sanggup dilakukan oleh seorang lelaki kepada anaknya dalam satu foto yang kini hangat tular di media sosial.

BACA: “Aku Pernah Tunggu Ayah Jemput Dari Sekolah 2 Jam, Lupa Pula Dia Dah Takde..”

Menerusi pendedahan oleh portal Philippine News beberapa hari lalu, seorang lelaki yang memakai baju warna hijau itu menjadi tumpuan ramai apabila sanggup menyusun sejumlah duit syiling di atas kaunter kedai menjual peralatan elektronik. Semua perkara ini dilakukan olehnya semata-mata untuk membelikan sebuah telefon pintar buat anak lelakinya.

Wajah si ayah gambarkan segalanya…

Kalau rasa ayah tak mampu…anak please jangan minta macam-macam

Foto tersebut pada awalnya dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @hashtag_mccoydl selepas dia tersentuh melihatkan pengorbanan bapa itu dalam memenuhi impian anaknya itu. Foto tersebut telah tular di seluruh dunia serta dikongsikan oleh netizen tempatan di laman Twitter. Rata-rata mereka meluahkan bahawa setiap anak tidak sepatutnya meminta untuk dipenuhkan impian sendiri sahaja kepada mereka, sebaliknya hargai setiap pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu bapa.

Sumber: IG hashtag_mccoydl, Philippine News & Twitter IzwanHs

Apa Komen Anda?