[FOTO] Majlis Kahwin Di Masjid, Konsep Minimalist Pengantin Ini Cetus Inspirasi

Apabila berbicara mengenai soal perkahwinan, masyarakat sekarang ini sentiasa mahukan sebuah majlis yang sempurna. Namun tahukah anda bahawa tanpa majlis grand sekalipun, tetap boleh meriah seperti sepasang pengantin yang menjadi tumpuan di laman Twitter baru-baru ini. Tiada pelamin indah atau barangan hantaran mewah, tetapi cukup sekadar majlis akad nikah ringkas dan jamuan makan di kawasan masjid. Itu cara Minarni Deswina bt Maslun dan Mohamad Nur Adib bin Nasruddin meraikan hari bahagia mereka pada 16 November lalu.

BACA: Pernah Reject Suami Sebab Nakal, Wanita Ini Akhirnya Nikah Budak Sekolah Juga

Advertisement

Majlis nikah & resepsi yang simple…berlangsung di masjid saja

Ketika dihubungi oleh pihak Erin Sakura, wanita yang mesra dipanggil Mint ini mendedahkan bahawa dia memang ingin mengubah pemikiran skeptikal orang bahawa majlis perkahwinan tidak semestinya kena grand. Sebaliknya ia sudah cukup memadai apabila dapat beramah mesra dengan sanak saudara, sahabat handai serta tetamu yang membawa berkat kepada pengantin.

Saya ada satu jenis pemikiran yang mana saya cuma mahukan majlis yang simple dan tidak memeningkan kepala. Sebab itulah kalau tengok majlis ni tak ada adat bersanding, kompang, juruacara apa semua. Waktu pagi cuma akad nikah, kemudian terus sambung dengan jamuan makan sampai ke petang. Bukan dalam dewan, tapi semuanya buat di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya.

Advertisement

Advertisement

Utamakan konsep minimalist…banyak persiapan dibuat sendiri

Selari dengan konsep bersederhana atau minimalist, majlis tersebut sengaja diadakan secara ringkas walaupun mereka sebenarnya mempunyai kemampuan. Ujarnya, pemilihan konsep perkahwinan mewah atau ringkas adalah pilihan masing-masing, namun lebih elok mengikut kemampuan. Walaupun agak memenatkan, namun Mint turut menyukai proses membuat segala persiapan majlis tersebut bersama suami dan ahli keluarga yang lain.

Secara keseluruhannya, kos untuk majlis ini hampir RM18k. Sepatutnya boleh dikurangkan lagi, tapi kami lebihkan sedikit bahagian katerer untuk tampung jemputan seramai 500-700 orang. Kos lain termasuklah sewa masjid, acrylic sign, cincin, kek, persalinan pengantin, jurufoto serta beberapa barang sewa seperti meja nikah dan sebagainya. Gubahan hantaran, bunga hand bouquet, dan door gifts semua kami buat sendiri. Malah dekorasi sekitar kawasan majlis pun saya dan suami bersengkang mata siapkan pada malam sebelum majlis. Tema warna untuk perkahwinan ini pula adalah putih, hijau dan gold.

Advertisement

Advertisement

Pengantin boleh bergaul dengan tetamu & mereka pun enjoy makan

Menyentuh soal penerimaan ahli keluarga pula, kedua-dua mempelai sangat bersyukur kerana mereka turut bersependapat untuk mengadakan majlis dalam serba ringkas bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Dalam pada itu, majlis yang ringkas dan jimat seperti ini membolehkan pengantin untuk mengambil khidmat jurufoto atau video yang akan menghasilkan hasil sangat cantik seperti kompilasi sebegini.

Berkenaan dengan kelancaran dan persiapan majlis, apa yang boleh saya nasihatkan adalah sentiasa ukur budget sendiri serta rancang sebaik mungkin. Untuk sudut keluarga pula, kita seharusnya membantu Raja Sehari yang diraikan. Jangan pula tambah stress dengan permintaan yang mereka tidak mampu tunaikan. Yang paling penting, pengantin boleh bergaul dengan para tetamu dan mereka pun enjoy makan.

Advertisement

Sumber: Twitter azyn_ & IG _emxm

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?