Hiburan

[FOTO] “Nama Seindah Wajah…”- Puteri Sarah Kongsi Foto Terkini Baby Sumayyah

[FOTO] “Nama Seindah Wajah…”- Puteri Sarah Kongsi Foto Terkini Baby Sumayyah

Pada 16 Mac yang lalu, pengarah filem terkenal Malaysia, Syamsul Yusof telah mengumumkan bahawa isterinya selamat melahirkan anak kedua mereka tepat jam 3.30 petang. Jika sebelum ini mereka dikurniakan anak lelaki, kehadiran bayi perempuan pada kali ini pastinya bakal mewarnai dan melengkapkan lagi keluarga kecil ini. Bayi kedua mereka yang lahir dengan berat 3kg ini diberi nama yang cukup indah iaitu Sumayyah Binti Mohd Syamsul.

Baca : Suka Melaram Masa Mengandung Ni Maksudnya…Anzalna Bagi Hint Jantina Bayi?

Tatkala berita serta foto kelahiran baru itu dikongsikan kepada umum sekitar minggu lalu, ramai juga netizen yang turut menumpang gembira dan mengucapkan tahniah pada p4sangan ini.

[FOTO] “Nama Seindah Wajah…”- Puteri Sarah Kongsi Foto Terkini Baby Sumayyah

Assalammualaikum malaikat kecilku. Sumayyah Binti Mohd Yusof. Mama dan ayah pilih nama yang pendek dan ringkas tapi cukup bermakna

Anak kedua kami selamat dilahirkan

Terbaru di ruangan Instagram Puteri Sarah sendiri, dia ada memuat naik sebuah foto menunjukkan wajah terkini anak keduanya itu. 

Nama saya Sumayyah Binti Mohd Syamsul. Saya berumur 8 hari

Menurut Puteri Sarah lagi, bayi kesayangannya itu juga sudah menjangkau usia 8 hari pada hari ini. Meskipun baru seminggu lahir, rambutnya yang tumbuh dengan lebat itu telah mencuri perhatian netizen. Bukan itu sahaja, ramai juga yang geram dengan kecomelan wajah Sumayyah sekaligus mendoakan kesejahteraan keluarga ini. 

Abang sayang betul dekat adik

Sumber : Instagram puterisarahliyana dan syamsulyusoffilm

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[FOTO] “Nama Seindah Wajah…”- Puteri Sarah Kongsi Foto Terkini Baby Sumayyah

Facebook

Telegram