[FOTO] Nangis Ketika Bernikah, Rupanya Lelaki Ini Sebak Dengar Soalan Tok Kadi!

Perkahwinan adalah detik terindah dan menghibakan untuk 2 jiwa yang bahagia menyulam rasa cinta. Mungkin itulah hal yang terjadi pada lelaki bernama Syazwan Abdullah apabila dia menangis di hari pernikahannya. Fotonya mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu sekaligus mengundang rasa sedih. Namun isterinya iaitu Asyikin Rozi telah mendedahkan sebab lain mengapa suaminya menitiskan air mata pada hari bahagia tersebut.

Baca : Selepas 5 Tahun Perkenalan, Gadis Ini Teruja Dapat Hadiah Raya Bermakna

Carilah lelaki yang menangis gembira apabila kau dah sah jadi teman hidup dia.

Mula dikongsikan di laman Twitter Syazwan, gambar yang merakam detik hiba tersebut sudah mendapat sekitar 14,000 retweets! 

Mungkin ramai yang menyifatkan Syazwan menangis kerana terlalu gembira di hari bahagia. Oleh itu, isterinya telah tampil mendedahkan hal sebenar di sebalik tangisan suaminya itu.

Rupa-rupanya, Syazwan sebak selepas mendengar soalan dari Tok Kadi tentang ibu bapanya.

Tok Kadi tanya “mana parents?” Dia anak yatim dan anak tunggal…

Mengenangkan semula ibu ayah serta dirinya yang ‘bersendirian’ di hari bahagia ini, Syazwan nampaknya gagal menahan sebak.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa sedih dengan perkara ini.

Siapa tak sedih time nikah family takde…

Semoga Allah kurniakan awak rahmat kebahagiaan

Bersabar bro…Kuatkan iman

Sumber : Twitter Asyikin Rozi, Syazwan Abdullah dan Facebook Oh My Media

Apa Komen Anda?