[FOTO] Nangis Semak Keputusan UPSR Di Pusara Ibu, Murid Ini Undang Sebak Ramai

Semalam merupakan hari yang paling mendebarkan buat murid-murid darjah enam apabila keputusan Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) telah pun diumumkan. Pelbagai gelagat serta aksi para pelajar menerima keputusan tersebut telah dirakam dan dikongsi di media sosial. Meskipun ramai dilihat bergembira di samping keluarga, namun ada yang turut berduka kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama insan tercinta seperti seorang adik ini.

BACA: Raikan Anak-Anak, Jangan Banding Result UPSR Dengan Abang & Kakak Yang Lain

Jika ibu ada di sisi pasti dia akan merasa bangga

Advertisement

Perkongsian yang telah dimuat naik oleh Aishah Mat Akat di laman Facebook miliknya ini menunjukkan cucu sulungnya, Nur Aqilah Afiah Muhammad Firdaus sedang berdiri di  kawasan pusara ibunya. Gadis kecil tersebut dikatakan enggan menyemak keputusan peperiksaannya di sekolah. Sambil memegang slip result tersebut, dia bertindak membacakan satu persatu keputusan diperolehinya seolah-olah sedang berkongsi kegembiraan kepada si ibu yang sudah tiada. 

Advertisement

Ibunya pergi sewaktu melahirkan

Ibu kepada kanak-kanak ini yang bernama Ariani Amir telah menemui ajalnya pada tahun 2017 sewaktu melahirkan anak ketiga. Aqilah yang merupakan anak sulung kepada tiga beradik itu tidak pernah gagal menziarahi pusara milik ibunya sejak dua tahun yang lepas. Kini mereka bertiga berada bawah jagaan nenek di Permatang Pauh, Pulau Pinang. 

Advertisement

Semoga terus tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang

Perkongsian ini nyata telah mengundang rasa sebak netizen. Rata-ratanya mengakui gadis tersebut dilihat sungguh tabah melalui kehidupan tanpa kehadiran ibu yang tersayang. Ramai juga sempat mengucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan yang telah dicapai.

Advertisement

 

 

Sumber: Facebook Aishah Mat Akat & Mstar

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?