[FOTO] Pembersihan Giat Dijalankan, Pastikan Tren Selamat & Bebas Dari Korona

Umum mengetahui, penularan wabak koronavirus kini bagaikan suatu mimpi ngeri di seluruh dunia. Setiap hari, semakin ramai yang telah dijangkiti dengan virus tersebut. Malahan, bilangan mereka yang kehilangan nyawa akibat jangkitan ini juga kian meningkat. Memandangkan wabak ini masih lagi di dalam kajian, orang ramai telah dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kebersihan diri terutamanya apabila berada di tempat awam.

BACA: [VIDEO] Wanita Suspek Koronavirus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Melalui Caesar

Bersih & bebas daripada wabak koronavirus

Dalam Twitter rasmi mereka, syarikat Rapid KL telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan petugas-petugas giat menjalankan kerja-kerja pembersihan tren aliran Kelana Jaya. Usaha ini adalah untuk memastikan pengangkutan awam tersebut dalam keadaan bersih dan bebas daripada wabak koronavirus.

Advertisement

Menggunakan cecair antiseptik

Berdasarkan perkongsian itu, proses pembasmian kuman di tren tersebut dijalankan setelah waktu beroperasi telah tamat. Oleh kerana ramai yang menaiki pengangkutan tersebut setiap hari, pembersihan itu harus dijalankan dengan teliti. Mereka turut menggunakan cecair antiseptik bagi memastikan penumpang terselamat daripada virus korona yang semakin menular ini.

Advertisement

Guna topeng muka & pembersih tangan

Dalam pada itu, pihak mereka turut menasihati orang ramai supaya memakai topeng muka dan menggunakan hand sanitizer ketika berada di tempat awam. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih di atas usaha yang dilakukan itu.

Advertisement

Sumber: Twitter MyRapidKL

Advertisement

Apa Komen Anda?