Walaupun kini perkahwinan tak boleh dibuat secara meriah gara-gara penangan COVID-19, tapi para pengantin sebenarnya tak perlu risau kerana terdapat pelbagai cara untuk meraikan detik bermakna tersebut. Antara yang paling popular adalah sesi pre-wedding photoshoot. Hal ini kerana terdapat banyak konsep unik, menarik dan kreatif yang boleh diabadikan sebagai kenangan setelah berumah tangga nanti.
BACA: [Foto]Macam Novel, ‘Wedding Photoshoot’ Pengantin Korea-Malaysia Raih Perhatian
Bakal pengantin jadi tumpuan dunia…pre-wedding photoshoot tema ‘Crush Landing On You‘
Baru-baru ini, sepasang pengantin dari Filipina telah mencuri perhatian dunia apabila membuat photoshoot bertemakan drama Korea yang pernah jadi kegilaan ramai iaitu ‘Crush Landing On You’ (CLOY). Jika orang lain cuma mampu bersedih dengan kisah percintaan antara watak Kapten Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin) dan Yoon Se Ri (Son Ye Jin), mereka telah mengambil pendekatan berbeza untuk menghidupkan kembali moment tersebut memandangkan bakal pengantin lelaki juga merupakan seorang anggota tentera.
Hidupkan semula banyak babak ikonik CLOY…persis poster K-drama popular
Selain gigih buat penggambaran di beberapa lokasi menarik, hasil suntingan semua foto pre-wedding Jay dan Rihan juga nyata tak ubah seperti poster K-drama popular. Malah mereka turut menghidupkan beberapa babak ikonik drama tersebut sekali gus mengundang kecemburuan ramai pihak. Secara keseluruhannya, kompilasi foto indah mereka ini telah merih lebih 83 ribu perkongsian di Facebook.
Sumber: FB James Montaño Photography & Pesona Pengantin
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura