[FOTO] Running Man Versi Avengers Buat Ramai Teruja, Song Ji-Hyo Jadi Tumpuan!

Rancangan gameshow popular dari Korea Selatan ini sememangnya mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia, tidak terkecuali juga di Malaysia. Setiap gelagat spontan dan adegan lucu yang ditonjolkan oleh selebriti-selebriti popular yang terlibat dalam rancangan ini sangat mencuit hati ramai, meskipun selepas ketiadaan salah seorang ahlinya iaitu Kang Gary yang mengumumkan untuk tarik diri pada awal Jun yang lalu. 

BACA: Ramai Merungut Running Man Makin Hambar, Haha Dedah Realiti Di Sebalik Tabir!

Saban minggu, setiap episod baru rancangan itu sangat dinantikan tapi pada episod ke-455 yang ditayangkan minggu ini, Yoo Jae Suk ditugaskan untuk merekat-shirt sebagai cenderahati untuk sebuah perjumpaan peminat. Dan antara proses yang terlibat adalah dia mengubah penampilan dirinya dan ahli-ahli RM kepada watak adivira Avengers!

Ji Suk-jin sebagai The Ancient One (Doctor Strange)

Kim Jong-kook sebagai Hulk

Song Ji-hyo sebagai Gamora (Guardians of the Galaxy)

Lee Kwang-soo sebagai Groot (Guardians of the Galaxy)

Yoo Jae-suk sebagai Captain America

Jeon So-min sebagai Yondu (Guardians of the Galaxy)

Yang Se-chan sebagai Rocket (Guardians of the Galaxy)

Ha Dong-hoon (Haha) sebagai Ant-man

Rata-rata yang telah menonton episod itu semalam menyatakan yang ianya adalah sangat kelakar dan seronok, lebih-lebih lagi selepas mengenakan kostum tersebut.

Sumber: IG sbs_runningman_sbs & Twitter Tumblrshopmy

Apa Komen Anda?