[FOTO] Rupa Bukan Ukuran, Ain Edruce Kini Selamat Bertunang Dengan Amirul!

Ain Edruce nampaknya tidak mengambil pusing dengan  kritikan netizen kerana memilih lelaki yang lebih muda, pendiam dan kurang kacak seperti yang diperkatakan ramai apabila baru-baru ini, tular foto majlis pertunangannya dengan jejaka bernama Amirul Hafiz di media sosial sejak semalam. Dengan bertemakan warna krim, gambar Ain bersama Amirul di pelamin mini yang berkonsepkan dekorasi flora nampak cantik sekali!

BACA: Pakwe Muda, Pendiam & Tak Handsome Dilabel Tak Sesuai? Ini Jawapan Ain Edruce

Memiliki jarak usia dua tahun, ia tidak menghalang pas4ngan ini menjalin hubungan cinta meskipun ramai lagi jejaka yang ingin berkenalan dengan gadis berusia 28 tahun ini. 

Ada juga lelaki lain yang hantar pesanan.. nak mengenali lebih dekat

Tambahnya lagi, Amirul bukanlah seorang lelaki yang romantik sebaliknya dia lebih gemar berterus-terang untuk menyampaikan sesuatu perkara. 

Antara rakan artis yang turut memeriahkan lagi majlis pertunangan Ain adalah ahli kumpulan DeFam, Azizul Ammar, Issey, Shima Anuar dan ramai lagi. 

Selamat bertunang.. ni gambar paling cantik kau

Sumber: Instagram, Media Hiburan

Apa Komen Anda?