[FOTO] Sebak! Tinggal Keluarga Demi Negara, Air Mata Iringi Misi Pengaman ATM

Kerjaya selaku anggota uniform seperti tentera amat mulia dan disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat. Jasa dan pengorbanan mereka perlulah sentiasa dihargai kerana sentiasa bersengkang mata untuk menjaga perbatasan serta mempertaruhkan nyawa demi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Pada 1 Oktober lalu, sebuah majlis khas telah diadakan di Pangkalan Udara Subang untuk meraikan penghantaran Kumpulan Pertama Malaysia Battalion, MALBATT 850-7 ke Lubnan.

BACA: “I Miss You Sayang..” – Sebak! Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

Air mata iringi pemergian anggota MALBATT 850-7

Menurut portal Berita Tentera Darat Malaysia, tujuan pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) menyertai misi di bawah Pasukan Interim PBB ini adalah untuk memastikan pengiktirafan tersebut sentiasa terpelihara, selain memartabatkan lagi maruah negara dan ATM di persada antarabangsa. Di hujung majlis berkenaan, suasana sedih dan hiba nyata menyelubungi pengkalan udara tersebut gara-gara tangisan wira negara bersama ahli keluarga masing-masing.

Tetap kuatkan semangat demi tanggungjawab sebagai ATM

Difahamkan kumpulan pertama pasukan pengaman ini disertai oleh 58 pegawai dan 165 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) manakala tempoh misi pengaman itu bakal berlangsung selama setahun. Meskipun terpaksa tinggalkan sanak-saudara tercinta pada hari terbabit, namun ianya tetap tidak membantutkan hasrat kumpulan pertama MALBATT 850-7 ini untuk melunaskan tanggungjawab mereka apabila mempamerkan wajah penuh bersemangat sebelum berlepas ke negara bergolak itu.

Sumber: FB Berita Tentera Darat Malaysia

Apa Komen Anda?