Inspirasi Viral

[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

Sharing is caring!

Umum mengetahui senaman cukup penting untuk mengekalkan tahap kesihatan dan meningkatkan stamina individu. Namun, masih ramai yang ‘berat hati’ untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Walaupun begitu, seorang warga emas yang menyertai acara larian telah menjadi tumpuan ramai apabila gambarnya dikongsikan di media sosial. Ini membuktikan gelaran warga emas bukanlah penghalang untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

BACA: [VIDEO] Berlari Dukung Dolphin Untuk Diselamatkan, Pelajar UMT Dipuji Netizen

Jogging setiap pagi dan petang

Pemilik akaun Twitter dikenali sebagai @hyaaleeya_ tampil mengaku bahawa gambar lelaki tua itu adalah datuknya yang menyertai sebuah acara larian sejauh 104km. Dia memberitahu setiap pagi dan petang, warga emas itu akan melakukan aktiviti jogging bagi mengelakkan ketegangan urat pada kaki.

[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

Lari dengan selipar

Tambahnya lagi, atuknya bernama Wahid itu lebih gemar menyertai acara larian yang berjarak jauh kerana ia lebih mencabar. Oleh kerana ramai mempersoalkan mengapa Wahid kelihatan berlari tanpa sepasang kasut, cucunya memberitahu bahawa lelaki itu sebenarnya menggunakan selipar yang dikhaskan untuk aktiviti larian.


[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

Menjadi inspirasi ramai

Semangat yang ditunjukkan warga emas ini telah menjadi inspirasi ramai. Mereka merasa kagum mendapat tahu dia berjaya menghabiskan jarak tersebut dalam 13 pusingan. Rata-rata netizen mendoakan atuk yang berusia 77 tahun itu supaya sentiasa sihat dan panjang umur.

[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai


[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

[FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai [FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai

Sumber: Twitter yimsterz & hyaaleeya_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!