Isu Semasa

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

Sharing is caring!

Beberapa tahun yang lalu, warga kota yang tinggal atau membesar di Kuala Lumpur mungkin merasakan bahawa pengalaman di Taman Tasik Titiwangsa kurang menyeronokan gara-gara fasilitinya yang kurang memuaskan. Namun kini, kawasan riadah ikonik tersebut telah dinaiktaraf serta diberikan ‘nafas baru’ dengan kos perbelanjaan lebih RM100 juta. Di samping pembaharian landskap, taman permainan air kanak-kanak yang pertama kali dibina itu telah menjadi antara tarikan utama orang awam apabila dibuka sejak semalam.

BACA: Highland Towers Bakal Jadi Taman Rekreasi, Video Ini Pasti Buat Anda Meremang

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

Baru 5 jam dibuka…dah ada vandalisme

Akan tetapi, kemeriahan hari pertama pembukaan semula taman ini telah dicemari dengan insiden vandalisme oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengguna Facebook dikenali sebagai Noor Fazlina Rosley ini mendakwa bahawa terdapat pelbagai kerosakan fasiliti serta lambakan sampah yang dapat dilihat di sekitar kawasan utama di sana. Lebih memeranjatkan, kesemua gambar yang diambil oleh beberapa ahli penguatkuasa DBKL yang bertugas cuma dalam tempoh 5 jam saja sejak lokasi riadah itu dibuka kepada awam.

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

Masuk free pun macam kera dapat bunga

Tegas wanita ini lagi, orang ramai yang ingin berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan serta fasiliti baru yang disediakan. Seandainya perkara ini dipandang ringan, kesemua pembaharuan ini dikhuatiri tak dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang. Posting yang telah mendapat lebih 4 ribu perkongsian itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata mereka meluah rasa terkilan dengan mentaliti dan sikap sambil lewa masyarakat yang negatif seperti ini.

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

[FOTO] Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Vandalisme

Sumber: FB Noor Fazlina Rosley

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!