[FOTO] Tunggu Pulangnya Cinta Dari Lautan, Tema Pre-Wedding Ini Gamit Nostalgia

Sebelum ini, sesi photoshoot kahwin biasanya akan berlatar belakang suasana alam semula jadi seperti di taman atau pantai dan sebagainya. Tapi sejak akhir-akhir ini, bermacam tema kreatif telah dilakukan termasuklah bagi photoshoot fasa bertunang atau pre-wedding seperti couple Faruq Maklek dan Afizah Samat ini. Ingin membawa pendekatan yang lebih fresh dan unik, kedua-dua mereka sepakat memilih konsep kehidupan seorang nelayan untuk diabadikan sebagai kenangan menjelang hari perkahwinan nanti.

BACA: Tak Sempat Buat Outdoor, Photoshoot Pengantin Dalam Kereta Ini Gempak Habis

Si gadis menunggu kepulangan cinta hati dari lautan

Advertisement

Selaku wakil team jurufoto dan video yang menjayakan ini, Muhammad Syahmi Ahmad Hakimi Dorang menyatakan bahawa projek Lilin Puteh ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Memandangkan perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya, jadi mereka cuba garapkan dalam jalan cerita mengenai melayan di kampung. Penggambaran tersebut dilakukan pada 10 November lalu bertempat di Taman Nira, Batu Pahat.

Faruq (bakal pengantin lelaki) pulang dari lautan selepas aktiviti menjaring, manakala perasaan rindu Afizah (bakal pengantin perempuan) membuatnya setia tunggu kepulangan insan tercinta. Selebihnya pula adalah penceritaan kisah hidup mereka.

Advertisement

Juadah rehat bersama insan tersayang

Advertisement

Penggambaran dari pagi hingga petang…walaupun panas, tapi amat berbaloi

Tambahnya lagi, antara cabaran yang perlu dihadapi bagi menyiapkan penggambaran tersebut adalah bekerja di bawah panas terik matahari. Namun hasil kerjasama yang baik dengan pihak klien, maka conceptual shoot pertama melibatkan beberapa produksi ini tampak ‘real’ dan sangat menarik.

Kami mula penggambaran dari pagi sampai petang. Tapi Alhamdulillah kedua-dua bakal pengantin berikan interaksi yang baik dan nantikan pula sambungannya. Selain itu bagi yang mahukan conceptual shoot seperti ini, kami nasihatkan agar mesra dan buat macam natural saja. Sebab kosnya bukan murah dan kalau nervous pula nanti rugi banyak masa.

Advertisement

Hari ini, di sini. Aku mengharapkan sesuatu terjadi. Agar kita bisa menjadi, apa yang selalu aku ingini. Getaran jiwa..

Advertisement

Dinda dinda, kini ku merayu. Merindu sentiasa. Dapatkah bersua, memadu asmara? Ku rasa bahagia, cintaku berbunga..

Dari bot hinggalah ‘main’ ayam…semuanya cantik sekali

Advertisement

Dalam pada itu, Faruq dan Afizah tidak menyangka bahawa hasil karya ini menjadi tular di laman sosial seperti di Twitter serta Facebook. Jelas kedua-duanya, mereka sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang penuh teliti dan seni ini walaupun ada beberapa babak terjadi secara spontan sahaja. Mereka turut berharap agar orang ramai mendoakan kelancaran perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung sekitar pertengahan Disember nanti.

Asalnya kami risau juga sebab tema nelayan ni memang jarang diketengahkan. Tapi lepas tengok hasilnya, kami amat menyukainya. Dari bahagian bot hinggalah perlu berinteraksi dengan ayam di kampung itu, semuanya cantik sekali. Walaupun tak dinafikan bahawa kami agak awkward sepanjang proses tersebut, tapi krew telah memberikan pengalaman yang sangat cool dan seronok.

Advertisement

Antara krew yang terlibat menjayakan projek ini..

Dari kiri: Yudin, Camey, Mirul, Ijan, Khaidir

Sumber: Twitter cameykael & FB SawahPadi EventPlanner

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?