Kalau dahulu nama Neelofa sering dikaitkan dengan nama artis lelaki lain ataupun kontroversi-kontroversi negatif. Tetapi sejak dua menjak ini, namanya sering disebut dengan perkara-perkara yang baik. Sebagai contoh sebelum ini Neelofa ada turut serta dalam aktiviti mengagihkan keperluan kepada keluarga susah dan dia juga turut menunjukkan minatnya dengan memberi bantuan kepada Palestin yang dikendalikan oleh Heliza Helmi.
BACA: Berangkat Tunaikan Umrah, Peminat Tititpkan Doa Buat Nabila Razali
https://www.instagram.com/p/Btp-34bnAUc/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1lyghu38m1h4q
Baru-baru ini, Neelofa ada kongsikan lagi beberapa fotonya bersama keluarga dan peminat, yang difahamkan ketika dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30. Neelofa ada memaklumkan kepada orang ramai bahawa dalam masa yang sama dia turut mengadakan Majlis Agama sekaligus iaitu dengan belajar secara terperinci cara-cara solat oleh Imam Muda Asyraf. Difahamkan majlis yang diberi nama ‘A Light & Love Saturdate‘ itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis yang lain iaitu Heliza Helmi.
Majlis yang diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI itu ada menunjukkan demo-demo solat, cara bacaan yang betul dalam solat serta sesi soal jawab. Menurut laporan Kosmo pula, majlis tersebut mendapat sambut4n yang menggalakkan namun Neelofa hanya menyediakan tempat untuk 150 orang tetamu sahaja.
Sepanjang Majlis Agama diadakan
Ketika sesi memotong kek
Tetamu yang turut hadir dalam majlis itu
Rata-rata peminat sangat kagum dengan sikap Neelofa yang lebih pentingkan ilmu akhirat berbanding dengan hiburan. Dalam pada itu orang ramai juga berharap agar ada artis lain yang dapat mencontohi sikap Neelofa ini.
Cantik, sopan. Manis dan anggun..
Sentiasa sebarkan kebaikan
Pretty heart!
Banyak ilmu Lofa sampaikan hari ni
Semoga terus istiqomah. Cantik amat sangat!
Sumber: IG Neelofa, Twitter Neelofa & Kosmo
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura