[FOTO] Viral Wajah Baby Macam Sedang Selfie, Mira Filzah Pun Ikut Teruja Sama

Anak-anak adalah nikmat dan anugerah yang sangat indah dari Allah S.W.T. buat semua makhluk di muka bumi ini termasuklah manusi. Hati yang suci ibarat kain putih dan sinar matanya pula bak kilauan permata adalah rezeki tak ternilai harganya. Selain melengkapkan kebahagiaan sesebuah perkahwinan, ukiran senyuman pada wajah comel bayi juga mampu untuk menenangkan hati yang dilanda kemarahan ataupun masalah hidup.

BACA: [VIDEO] “Nanti Zizan Marah” – Dapat Pickupline Berani, Reaksi Mira Filzah Cute

Lahir je anak dah pandai selfie

Advertisement

Baru-baru ini, wajah seorang anak kecil yang seakan-akan sedang bergaya untuk berswafoto atau selfie telah menjadi trending di segenap ruangan media sosial. Menurut sumber asal, kesemua gambar itu mula viral apabila dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang berasal dari Indonesia iaitu Fani Intan Imogen. Sehingga kini, posting tersebut telah mencecah jumlah lebih daripada 42 ribu perkongsian.

Advertisement

Mira Filzah pun ikut melting tengok adik comel ini..

Walaupun badannya cuma dibaluti dengan tuala berwarna putih, namun ragamduck lips yang sangat comel oleh bayi itu nyata membuatkan ramai teruja dan geram saat melihatkannya. Antara yang tidak ketinggalan melting dengan aksi manja itu adalah selebriti menawan Mira Filzah yang juga pernah terkenal menerusi watak seorang ibu penyayang dalam drama ‘Pujaan Hati Kanda’ suatu ketika dulu. 

Advertisement

Advertisement

Mesti baby girl…sebab gaya macam ni perempuan je yang hebat kan?

Ternyata cara posing bayi yang jarang-jarang dirakam oleh lensa kamera ini telah mengundang banyak reaksi komen termasuklah para netizen dari Malaysia. Selain memuji kecomelan dan ragam mulut mancung dalam kesemua foto itu, ada juga yang berseloroh menyatakan jantina bayi ini mungkin perempuan berdasarkan gaya swafoto tersebut.

Advertisement

Advertisement

Sumber: FB Fani Intan Imogen, Astro Gempak & Twitter MFMiraFilzah

Advertisement

Apa Komen Anda?