Viral

[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

Sharing is caring!

Peningkatan jumlah individu positif COVID-19 yang mendadak di Indonesia telah memaksa pihak kerajaan untuk isytiharkan semula perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bermula hari ini. Susulan itu, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair yang pergi pada 18 Februari lalu akibat mengalami heart attack.

BACA : Dendang Lagu BCL Sebagai Tribute Ashraf Sinclair, Misha Omar Runtun Jiwa Ramai


[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

Wajah sugul & Al-Fatihah untuk daddy Ashraf Sinclair..

Menerusi Instagram Emmy Syarif, wanita berkenaan memuat naik beberapa foto sewaktu menemani anak dan cucunya iaitu Noah Sinclair menziarahi pusara Ashraf pada Sabtu. BCL yang lengkap mengenakan face shield kelihatan sedikit susut duduk di samping pusara suaminya. Manakala Noah yang kini berusia 10 tahun pula sedang duduk sambil menadah tangan membaca doa untuk ditujukan kepada Allahyarham bapanya.

View this post on Instagram

#Alfatihah utk dady Ash#5 Sept 2020#

A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on

Tidak pernah satu hari pun tak merindui Ashraf & sentiasa ziarah puasara bagi mengubati kerinduan..

Dalam pada itu, BCL sebelum ini mengakui bahawa dirinya tidak pernah berhenti merindui Ashraf. Malah penyanyi berusia 37 tahun ini juga sentiasa menziarahi pusara suaminya di San Diego Hills bagi mengubati kerinduan. Siapa sangka, moment duka tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping menzahirkan ucapan takziah, rata-rata mereka memberi semangat serta mendoakan agar wanita berkenaan sentiasa tabah menghadapi ujian ini.


[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

[FOTO] Wajah Sayu, BCL Ziarah Pusara Suami Buat Kali Terakhir Sebelum Lockdown

Sumber : tribunnews, Instagram emmymuchlis


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!